Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri M'sia anggap Dr M 'hipokrit', 'tidak berprinsip'

Oct 21, 2015 | 05:50 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang hipokrit dan tidak berprinsip kerana mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhalang.


Datuk Seri Mohamed Nazri itu pada mulanya enggan mengulas mengenai posting blog Dr Mahahtir, tetapi menujukan semua soalan kepada seorang pemberita yang bertanyakan apakah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai 'flip flop' (kerap berubah kenyataan).


Sebelum pemberita menjawab soalannya itu, Datuk Seri Mohamed Nazri bertanya beberapa kali kepada pemberita itu dan meyakinkannya tidak perlu risau dengan jawapan kerana Malaysia merupakan negara yang bebas.


"Saya setuju sepenuhnya dengan anda. Jangan risau anda mempunyai menteri menyokong anda.


"Beliau seorang yang tidak berprinsip. Jika anda perasan, beliau seorang yang sangat tidak berprinsip selepas meninggalkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Lelaki di Sebalik Pulau' di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.


Semalam Tun Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc berkata, Datuk Seri Najib tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.


"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu.


Tun Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Datuk Seri Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.


Datuk Seri Mohamed Nazri menambah, tujuan beliau bertanyakan soalan itu semula kepada pemberita kerana berpendapat soalan itu sepatutnya ditujukan kepada rakyat biasa.


Katanya, sekiranya beliau terus menerus menjawab soalan itu, orang ramai akan berpendapat pandangannya sebagai berat sebelah.


"Saya ingin menunjukkan ia (jawapan) bukan daripada saya tetapi rakyat.


"Kerana saya kerajaan, tetapi apabila ia datangnya daripada anda, anda menjawabnya dan saya bersetuju dengan anda, daripada rakyat. Ia lebih efektif," katanya. - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >