Menteri M'sia: Lebih banyak kes Zika boleh dijangka

PETALING JAYA: Kes baru Zika akan terus muncul, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, pada Ahad (4 Sep).

"Pengesahan kes kedua Zika di Kota Kinabalu menunjukkan virus ini telah wujud dalam masyarakat kita. Pesakit itu tidak pernah pergi ke sembarang negara lain di mana bilangan besar kes telah dilaporkan.

"Ini bermakna orang ini dijangkiti dalam negara," kata Dr Subramaniam di laman Facebooknya.

Pesakit berusia 61 tahun itu, dari Taman Awam Jaya di Likas, Sabah, didapati positif Zika dalam negara dan meninggal dunia pada petang Sabtu akibat komplikasi berkaitan jantung.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya masih belum tahu dari mana virus yang dijangkitinya berasal.

Bagaimanapun, beliau berkata mungkin ada orang lain yang dijangkiti dalam masyarakat itu dan menjadi sumber jangkitan.

"Kami dalam proses mengesan pergerakan pesakit terakhir itu sepanjang beberapa minggu lalu. Kami akan meningkatkan kegiatan kawalan vektor di kawasan itu," katanya.

Dr Subramanian berkata Kementerian Kesihatan berpendapat kematian pesakit tersebut tidak berkaitan secara langsung dengan Zika.

Ini kerana beliau mempunyai masalah perubatan lain, termasuk masalah jantung dan penyakit ginjal kronik yang mengancam nyawa.

Dr Subramaniam juga berkata menjadi tanggungjawab rakyat memperhebat perang antiaedes memandangkan Zika sudah hadir di Malaysia.

Pada Khamis lalu, kementerian itu mengumumkan tentang pesakit Zika pertama di Malaysia, seorang wanita berusia 58 tahun yang melawat anak perempuannya di Singapura bersama suaminya pada 19 Ogos dan pulang pada Ogos 21

Anak perempuannya, yang bekerja dan tinggal di Paya Lebar, Singapura, telah dijangkiti.

Maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan Singapura menunjukkan 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti virus Zika - 10 bekerja dan tinggal di Singapura, sementara seorang bekerja di Singapura tetapi tinggal di Johor. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,293.130 -31.940