Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri perdagangan Filipina: Hubungan dagang, ekonomi dengan Amerika kekal

Oct 21, 2016 | 10:39 AM



BEIJING: Filipina akan mengekalkan hubungan perdagangan dan ekonominya dengan Amerika Syarikat, kata Menteri Perdagangan Ramon Lopez pada Jumaat (21 Oktober), sehari selepas Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan pemisahan daripada Washington.



"Presiden tidak bercakap mengenai pemisahan. Dari segi ekonomi, kita tidak menghentikan perdagangan, pelaburan dengan Amerika," kata Encik Lopez kepada CNN Filipina di Beijing. Beliau sedang mengiringi Encik Duterte dalam lawatannya ke China.



Pemimpin Filipina itu mengumumkan "pemisahan" Filipina dari Amerika pada Khamis, dan mengisytiharkan beliau telah menjajarkan semula negaranya dengan China, dengan dua negara itu bersetuju menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan melalui rundingan.



"Saya mengumumkan pemisahan saya daripada Amerika Syarikat," katanya, yang disambut dengan tepukan dalam satu mesyuarat di Beijing. "Amerika tidak mengawal hidup kami," ujar Encik Duterte.



Namun, Encik Lopez berkata pada Jumaat: "Ia tidak termasuk apa yang berlaku dalam perdagangan dan pelaburan."



Lawatan empat hari Encik Duterte ke Beijing dilihat sebagai pengesahan dasarnya condong jauh daripada Washington dan ke arah pengaruh dan kekayaan Beijing. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >