Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri syorkan kenderaan asing dicaj masuk M'sia melalui JB

Jul 03, 2014 | 09:40 PM



SEPANG: Satu saranan oleh kerajaan negeri Johor agar dikenakan caj ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia menerusi Johor Bahru akan dikaji, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Cadangan itu dibuat selepas Singapura memutuskan akan mengenakan bayaran lebih tinggi ke atas kenderaan asing yang ingin memasuki republik itu mulai 1 Ogos ini.


Langkah tersebut diambil bagi memastikan kos memiliki dan menggunakan kenderaan asing di Singapura adalah sejajar dengan kos memiliki dan menggunakan kenderaan yang berdaftar di republik itu.


"Memang kami akan timbangkan dan lihat bagaimana cara pelaksanaannya, sebab Malaysia bukan ada satu pintu masuk sahaja - di selatan Thailand, Brunei, Indonesia Kalimantan... - kita ada banyak pintu masuk.


"Lagipun Singapura kenakan caj kenderaan untuk kurangkan kesesakan. Jadi, kajian itu perlu meliputi pertimbangan yang menyeluruh," jelasnya lagi.


Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri mencadangkan RM20 ($8) dikenakan sebagai caj kemasukan kepada kenderaan Singapura ke Johor Bahru menerusi Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua.


"Daripada kadar itu, RM5 dituntut dikembalikan kepada Johor sebagai peruntukan penyelenggaraan jalan di negeri ini," jelasnya lagi.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura sebelum ini berkata pemandu kenderaan asing perlu membayar $35 sehari bagi permit masuk kenderaan (VEP), berbanding $20 sekarang.


Kenderaan barangan asing pula akan dikenakan bayaran $40 sebulan, empat kali lebih tinggi berbanding bayaran yang dikenakan buat masa ini.


Namun kenaikan bayaran VEP itu hanya menjejas kereta asing dan tidak akan dikenakan ke atas bas dan teksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >