Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Thai beri amaran supaya rakyat usah sertai protes

Jan 06, 2014 | 07:01 PM



BANGKOK: Menteri Keadilan Thailand, Encik Chaikasem Nitisiri, memberi amaran kepada rakyat negara itu supaya usah mengambil bahagian dalam "Operasi Menutup Bangkok" yang dirancang oleh pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Encik Suthep Thaugsuban, sambil berkata mereka menanggung risiko melanggar undang-undang pembatasan sehingga 20 tahun.


Ini sedang pihak polis Thai bersiap sedia untuk mengerahkan kakitangannya bagi menjaga keamanan di Bangkok esok, Khamis dan Isnin ini, apabila PDRC mengadakan perhimpunan besar-besarannya untuk 'menutup' ibu kota Thai itu, menurut laporan laman akhbar The Bangkok Post, petang ini.


"Mereka yang mengambil bahagian dalam perbuatan salah yang dipimpin oleh Encik Suthep dan para pemimpin PDRC lain mungkin dianggap menyokong pemberontakan, justeru menanggung risiko melanggar beberapa undang-undang dengan pembatasan sehingga 20 tahun," kata beliau.


Undang-undang pembatasan adalah satu enakman dalam sistem undang-undang common law yang menetapkan tempoh maksimum selepas sesuatu kejadian yang mana prosiding undang-undang yang didasarkan pada kejadian itu masih boleh dilaksanakan.


Perdana Menteri sementara Thai, Cik Yingluck Shinawatra, pula sekali lagi berkata dekri perintah darurat masih laluan terakhir dalam menangani protes PDRC itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >