SEOUL: Seorang lagi mangsa wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (Mers) disahkan maut di Korea Selatan semalam, menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.
Mangsa terbaru adalah lelaki berusia 76 tahun yang merupakan orang ketiga dijangkiti Mers di negara itu setelah berkongsi wad di hospital bersama seorang lagi pesakit.