Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir temui simpanan gas besar di Laut Mediterranean

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



KAHIRAH: Mesir telah menemui medan gas yang besar, di blok Nargis, timur Mediterranean, kata Menteri Petroleum dan Sumber Mineral, Encik Tarek El Molla, kelmarin.



Penilaian terhadap penemuan itu masih lagi diteruskan, bagi menentukan simpanan gas di situ, katanya semasa memberi taklimat kepada jawatankuasa parlimen negara itu.



Nargis adalah satu daripada empat blok penerokaan luar pesisir, di mana Chevron memegang kepentingan operasi di Mesir, bersama syarikat Tharwa Petroleum, menurut maklumat yang terdapat di laman web Chevron.



Kajian Ekonomi Timur Tengah melaporkan bulan lalu bahawa telaga baru itu dipercayai mempunyai gas sebanyak 3.5 trilion kaki padu (ft3).



Bagaimanapun, para pegawai Mesir enggan mengesahkan butir-butir penemuan tersebut.



Penemuan itu boleh memberikan rangsangan kepada usaha Mesir untuk meletakkan negara itu sebagai hab tenaga di timur Medditerranean, berikutan pengumuman pada 2015 mengenai penemuan Eni, medan gas besar Zohr. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >