MH370 tidak mungkin terbang ke India

SEORANG pegawai atasan Angkatan Udara India menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah terbang ke India semasa dalam perjalanan ke Kazakhstan/Turkmenistan di Asia Tengah.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan pesawat yang hilang itu mungkin telah terbang sama ada dari utara Thailand hingga ke sempadan Kazakhstan/Turkmenistan, atau dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

"Jika pesawat itu cuba melintasi India, radar utama kami (yang memberi isyarat radio dari sasaran) akan mengesannya meskipun alat pengesan isyarat telah dihentikan (radar kedua memancarkan isyarat yang meminta maklumat daripada alat pengesan isyarat pesawat)," kata seorang pegawai itu dalam laporan di laman Times of India.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.