Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Michelle bertanding jadi presiden? Jangan harap, kata Obama

Nov 30, 2016 | 11:32 AM



WASHINGTON: Mereka yang ingin melihat Cik Michelle Obama bertanding sebagai presiden bagi parti Demokrat mungkin akan kecewa.



Itu tidak akan berlaku, kata suami beliau, Presiden Barack Obama.



"Michelle tidak akan bertanding sama sekali bagi jawatan itu," ujar Encik Obama dalam satu temu bual dengan majalah Rolling Stone sehari selepas kemenangan mengejut Encik Donald Trump, dan di tengah-tengah gesaan di media sosial agar Cik Obama menimbangkan masuk ke dalam gelanggang politik.



"Beliau seorang yang berbakat sebagaimana yang saya tahu. Anda boleh lihat resonans luar biasa beliau bersama rakyat Amerika. Tetapi saya berjenaka bahawa beliau terlalu berfikiran waras untuk memasuki politik," kata Encik Obama.



Keyakinan dan gaya Cik Obama bergema kuat semasa kempen pilihan raya presiden lalu, apabila beliau menyokong calon Demokrat, Cik Hillary Clinton.



Wanita pertama itu menyelar sikap Encik Trump, calon Republikan.



Cik Obama, yang akan berusia 53 apabila beliau meninggalkan Rumah Putih, wanita pertama kulit hitam pertama dalam sejarah Amerika Syarikat. Suaminya berusia 55 tahun.



Seorang peguam berpendidikan Harvard, Cik Obama akan meninggalkan Rumah Putih pada 20 Jan dengan menikmati penilaian setinggi langit - 79 peratus orang awam Amerika suka beliau, menurut satu kajian Gallup baru-baru ini.



Ini bermakna beliau lebih popular daripada suaminya, presiden Amerika Afrika pertama Amerika.



Semasa ditanya sebelum ini mengenai cita-cita beliau, Cik Obama berulang kali berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah Cik Clinton, yang berusaha memegang jawatan presiden yang suaminya, Encik Bill Clinton, pegang dari 1993 hingga 2001. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >