SERANG (Banten): Perisikan Indonesia telah mengesan panggilan telefon dibuat dari penjara keselamatan maksimum Nusakambangan, tempat pengganas Aman Abdurrahman dan Iwan Darmawan Muntho, alias Rois, sedang menjalani hukuman penjara, ke Raqqa di Syria.
Kedua-duanya, yang sedang disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam perancangan serangan di Jakarta pada 14 Jan lalu, dikatakan bercakap dengan seseorang di kubu kuat kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) itu.