Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan ISIS telefon ugut bunuh pegawai polis kanan Msia

Jul 13, 2016 | 11:07 AM



MELAKA: Pegawai polis antipengganasan kanan Malaysia telah menerima ancaman ngeri daripada seorang militan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.



Ketua Bahagian Melawan Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pesurujaya Kanan (SAC) Datuk Ayob Khan, menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon daripada pengganas itu sendiri.



Muhamad Wanndy, 26 tahun, dikenal pasti tahun lalu sebagai salah seorang daripada dua militan ISIS rakyat Malaysia dalam video kumpulan pengganas itu memenggal kepala mangsa.



Bekas penduduk Melaka itu dipercayai pergi ke Syria dengan isterinya.



Ancaman itu dikeluarkan kerana SAC Ayob terlibat dalam membanteras pengganasan dan menangkap abang Muhamad Wanndy pada Mei lalu.



SAC Ayob antara beberapa pemimpin Malaysia, termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang dikatakan berada dalam senarai pegawai polis dan anggota tentera yang disasar ISIS.



Beliau berkata ISIS melabelkan institusi kerajaan sebagai taghut (yang telah melintasi sempadan agama) dan menamakan mereka sebagai sasaran utama.



"Mereka mengaitkan kami sebagai menyokong taghut dan mahu menyerang kami terlebih dahulu diikuti oleh orang bukan Islam di negara ini," ujarnya.



Beliau berkata pegawai polis, terutamanya yang terlibat dalam antipengganasan, diletak dalam senarai sasaran utama kononnya keana menyokong pemimpin taghut.



Namun, SAC Ayob berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh itu dan akan terus menggagalkan sebarang usaha pengganasan di Malaysia.



"Kami telah berjaya meleburkan sembilan rancangan yang menyasarkan institusi tertentu dan kawasan awam setakat ini," katanya.



"Ini akan diteruskan tanpa rasa takut pada sembarang pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas," tambah beliau.



SAC Ayob mendedahkan bahawa 213 individu, termasuk 27 warga asing, telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kaitan dengan kumpulan pengganas.



Kedah dan Perak mendahului senarai itu dengan 30 tangkapan setiap satu, diikuti Kuala Lumpur (28), Johor (19), Selangor (17), Negeri Sembilan (13), Kelantan (11) Pahang dan Terengganu (lapan setiap satu), Sabah dan Melaka (enam setiap satu), Pulau Pinang dan Perlis (empat setiap satu) dan Sarawak (dua).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >