AL-ALAM (Iraq): Tentera Iraq dan militia Syiah telah mengusir militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dari bandar al-Alam, sebelum mereka melancarkan ofensif untuk menawan semula bandar Tikrit.
Tikrit yang merupakan bandar kelahiran bekas Presiden Saddam Hussein kini menjadi tumpuan kerana ia merupakan kawasan strategik sepanjang lebuh raya utama yang menghubungkan Baghdad dan Mosul, bandar terbesar di utara Iraq.