Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan membunuh 235 orang di masjid di utara Sinai di Mesir

Nov 25, 2017 | 07:51 AM



KAHIRAH: Sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh dalam serangan bom di sebuah masjid di wilayah Sinai utara.



Kejadian berlaku berhampiran ibu kota wilayah El-Arish ketika orang ramai memenuhi Masjid Al Rawdah untuk menunaikan solat Jumaat.



Ia merupakan antara serangan paling buruk pernah berlaku.



Belum ada kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab tetapi sejak 2014, pasukan keselamatan Mesir sering bertarung dengan sekutu ISIS di utara Sinai.



Penyerang dipercayai menaiki empat kenderaan, meletupkan bom di luar masjid dan melepaskan tembakan terhadap jemaah yang sedang solat, menurut seorang pegawai kanan di Sinai.



Media rasmi menunjukkan gambar mangsa terkorban yang berlumuran darah dan ditutup dengan selimut.



Agensi berita MENA menyatakan seramai 235 orang terbunuh dan lagi 125 cedera. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >