Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan rancang tadbir khalifah Islam di Asia Tenggara

Aug 20, 2014 | 08:07 PM



KUALA LUMPUR: Satu kumpulan militan radikal yang merancang mengebom beberapa sasaran di Malaysia juga berhasrat mewujudkan kawasan pentadbiran khalifah Islam di Asia Tenggara, merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.


Kesemua 19 militan yang disyaki itu yang ditahan antara April dengan Jun lalu juga bercadang ke Syria untuk belajar daripada militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kata Timbalan Ketua Bahagian Antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Penolong Pesuruhjaya Kanan Ayob Khan Mydin.


Beliau berkata, kumpulan itu antara lain merancang mengebom pub, disko dan kilang pengeluar bir Denmark di sini.


Perancang itu turut membabitkan golongan profesional dan dua suri rumah.


Mereka masih di peringkat awal perbincangan mengenai perancangan itu dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan membuat bom, katanya.


Tujuh orang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggalak keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >