Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan Somalia ancam serangan lagi

Apr 04, 2015 | 04:47 PM



MOGADISHU (Somalia) - Kumpulan militan Somalia semalam memberi amaran untuk melancarkan lebih banyak serangan berdarah di Kenya, selepas kumpulan tersebut bertanggungjawab membunuh hampir 150 orang dalam serangan di sebuah universiti negara itu, Khamis lalu.


Dalam serangan waktu subuh itu, empat militan kumpulan Al Shabaab yang memakai topeng mencari dan membunuh para pelajar di kampus Universiti Kolej Garissa, di sebuah bandar timur laut Kenya, sekitar 200 kilometer dari sempadan Somalia.


Kumpulan yang bersekutu dengan Al Qaeda itu berkata, serangan tersebut merupakan balasan terhadap kehadiran Kenya di Somalia dan dakwaan bahawa negara itu menganiaya Muslim di Kenya.


"Tiada langkah berjaga-jaga atau perlindungan yang boleh menjamin keselamatan anda, menghalang satu lagi serangan atau mencegah satu lagi pertumpahan darah di bandar-bandar anda," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >