BAQUBA (Iraq): Militan Syiah telah menembak mati kira-kira 70 jemaah di sebuah masjid di Iraq, menimbulkan kemarahan minoriti Arab Sunni terhadap pemerintah Iraq, justeru melemahkan sokongan ke atas usaha menentang kumpulan militan.
Ini berlaku ketika Washington mengisytiharkan isu pemenggalan kepala wartawan Amerika Syarikat, Encik James Foley, sebagai satu "serangan pelampau", sekali gus meningkatkan konfrontasinya terhadap militan ISIS.