Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Minuman panas kafe, rangkaian makanan segera kandungi gula hingga 25 sudu teh: Kajian Britain

Feb 17, 2016 | 04:26 PM



KAFE dan rangkaian makanan segera terkemuka di Britain menghidangkan minuman panas mengandungi jumlah gula mengejutkan, satu kajian baru mendapati.


Dapatan kaji selidik itu, yang dijalankan oleh sebuah badan kebajikan British, Action on Sugar (Tindakan terhadap Gula), dan dikeluarkan pada Rabu (17 Feb), menunjukkan 98 peratus daripada 131 minuman berperisa panas yang dianalisis akan menerima label amaran "merah" kerana mengandungi gula berlebihan.


Lebih satu pertiga daripada minuman itu turut dikatakan mempunyai jumlah gula yang sama atau lebih daripada satu tin Coca Cola, yang mengandungi gula sebanyak sembilan sudu teh.


Minuman paling teruk ialah yang Hot Mulled Fruit Starbucks - anggur dengan chai (teh), oren dan kayu manis - cawan besar (venti), yang didapati mengandungi gula sebanyak 25 sudu teh.


Chai latte besar dari Costa Coffee, satu lagi rangkaian kafe terkenal, mengandungi gula sebanyak 20 sudu teh.


Minuman panas dari rangkaian makanan segera McDonald dan KFC juga termasuk dalam kajian itu.


Dua minuman lain dari Starbucks menonjol dalam senarai itu. Minuman mocha coklat putih dengan krim putar dan coklat panas - kedua-dua dijual di Singapura - masing-masing mengandungi gula sebanyak 18 dan 15 sudu teh.


Syarikat kopi Amerika Syarikat itu dikritik kerana saiz sajiannya "lebih besar daripada yang ditawarkan pesaingnya".


Sebagai respons kepada akhbar Guardian, Starbucks berkata ia komited mengurangkan gula tambahan dalam minumannya sebanyak suku menjelang akhir 2020, dan "semua maklumat pemakanan boleh didapati di kedai dan dalam talian".


Dapatan kajian itu boleh didapati di laman web Action on Sugar. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >