FERGUSON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, meminta penduduk Ferguson bertenang dan menghentikan rusuhan demi meredakan ketegangan selepas kawasan berkenaan dibayangi rusuhan dan tunjuk perasaan selepas seorang anggota polis menembak mati seorang remaja kulit hitam pada 9 Ogos lalu.
Presiden Obama, yang mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Encik Eric Holder, membincangkan situasi di Ferguson dan berjanji akan melakukan penyiasatan berhubung kejadian tersebut.