Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mitsubishi akui guna ujian bahan api tidak betul selama 25 tahun

Apr 27, 2016 | 09:13 AM



TOKYO: Mitsubishi Motors mengakui pada Selasa (26 Apr) ia menggunakan kaedah ujian kecekapan bahan api tidak betul selama 25 tahun dan tidak tahu berapa banyak kereta terjejas, sekali gus meluaskan skandal penipuan data yang menjunamkan syarikat itu ke dalam krisis.



Perkembangan terkini besar kemungkinan akan memarakkan spekulasi bahawa salah laku itu menjangkau kenderaan yang dijual di luar negara dan akan menambahkan bilangan kenderaan terjejas melambung tinggi lebih daripada 600,000 yang sudah diketahui.



"Bagi pasaran tempatan, kami menggunakan kaedah itu sejak 1991," kata Naib Presiden Mitsubishi, Encik Ryugo Nakao, dalam satu taklimat berita di Tokyo. "Tetapi kami tidak tahu bilangan keseluruhan model yang terjejas," ujarnya.



Minggu lalu, Mitsubishi mengakui pekerja yang tidak dinamakan memanipulasikan ujian untuk membuat beberapa kereta kelihatan lebih menjimatkan minyak daripada sebenarnya. Ia berkata pada masa itu bahawa ujian tersebut dilakukan sejak 2002.



Saham syarikat itu, yang disenarai di Tokyo, menjunam sejak perkara tersebut terbongkar Rabu lalu, kehilangan separuh nilainya.



Para pegawai di sidang berita itu berkata syarikat tersebut tidak mengubaH kaedah ujian kecekapan bahan api apabila kerajaan Jepun mengarahkan industri itu menggunakan sistem yang dikemas kini beberapa tahun lalu.



Setakat ini, ujian itu menjejas kenderaan yang dijual di Jepun, melibatkan empat model kereta mini, termasuk kereta yang dibuat untuk Nissan.



Jurucakap Cycle & Carriage Automotive berkata minggu lalu model yang dijual di Singapura tidak terjejas.



Juga pada Jumaat lepas, Menteri Pengangkutan Jerman, Encik Alexander Dobrindt, berkata siasatan yang dicetuskan oleh skandal penipuan pelepasan Volkswagen mendapati ketakteraturan pada 16 jenama kereta, termasuk Mercedes, Renault, Alfa Romeo, Chevrolet, Hyundai, Jaguar dan Nissan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >