JAKARTA: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko, semalam menolak laporan media Singapura mengenai koleksi jam mewah miliknya dan mengakui beliau hanya membeli jam tiruan bagi memenuhi perasaan ingin tahu mengenai teknologi jam.
"Dalam pasaran, jam ini boleh mencecah satu bilion rupiah ($108,000) tetapi saya membelinya lima juta rupiah," kata Jeneral Moeldoko selepas mengadakan pertemuan dengan panglima angkatan tentera Filipina, Jeneral Emmanuel T. Bautista, di Jakarta kelmarin.