BERLIN: Syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa, membatalkan 930 penerbangan hingga menyebabkan lebih 100,000 penumpang terkandas semalam selepas syarikat itu gagal dalam dua tuntutan mahkamah bagi mengarahkan kru kabin syarikat itu menghentikan mogok mereka.
Mahkamah Buruh di Darmstadt memutuskan tindakan kru kabin Lufthansa tidak bercanggah dengan undang-undang buruh.