Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis di Syria

Moscow, Tehran beri amaran sedia serang Amerika

Apr 10, 2017 | 09:15 AM



MOSCOW (Russia): Dua sekutu kuat Syria, Russia dan Iran, memberi amaran akan bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat sekali lagi melanggar 'garisan merah' di Syria.



Agensi berita Reuters hari ini melaporkan, sebuah pusat kerahan bersama yang dibentuk oleh pasukan tentera Russia, Iran dan kumpulan bersenjata yang menyokong Presiden Bashir al-Assad, telah mengeluarkan kenyataan tersebut.



Amerika pada Jumaat lalu (7 Apr) telah melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara Syria di al-Shayrat dekat Homs, bagi tujuan memusnahkan tapak serangan kimia yang didakwa dilakukan oleh Syria ke atas rakyat negara itu.



Tindakan Amerika itu sekaligus meningkatkan campur tangan Amerika di Syria dan kecaman yang disuarakan sekutu Syria, termasuk Russia dan Iran.



"Apa yang dilakukan Amerika merupakan satu pencerobohan ke atas Syria dan melanggar batas garis merah. Mulai sekarang, kami akan bertindak balas terhadap mana-mana penceroboh atau pelanggaran garis merah dari sesiapa sahaja.



"Amerika sedar kemampuan kami dalam memberi respons yang wajar," demikian kenyataan media yang disiarkan oleh kedua-dua negara itu di saluran media perang, Ilam al Harbi, yang ditukil agensi berita Reuters.



Serangan kimia pada 4 April lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.



Tentera Syria didakwa telah menggugurkan bom sarin di Khan Sheikhun di wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan penentang.



Selang tiga hari kemudian, Amerika melancarkan serangan sebagai menghukum pentadbiran al-Assad.



Sedang tindakan Amerika disambut baik oleh sebahagian pemimpin dunia, ia bagaimanapun menimbulkan kebimbangan kerana ia mampu menjadi konflik perang saudara di Syria menjadi medan pertempuran yang lebih besar.



Selain tenteran dan pasukan bersenjata yang menyokong al-Assad, Moscow dan Teheran juga terlibat dalam peperangan di Syria bagi memerangi pasukan bersenjata Negara Islam di Syria dan Iraq (ISIS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >