Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia akan minta Indonesia perjelas laporan media mengenai pemeriksaan rawak di lapangan terbang ke atas pelawat asing

Jul 12, 2016 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Wisma Putra akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Luar Indonesia mengenai laporan media bahawa pihak berkuasa republik tersebut akan mengenakan pemeriksaan menyeluruh di lapangan terbang terhadap pelawat rakyat asing termasuk dari Malaysia.



Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, berkata bahawa buat masa ini Kementerian Luar belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan tersebut.



"Kementerian Luar sedia maklum bahawa pihak berkuasa lapangan terbang sentiasa menjalankan pemeriksaan keselamatan secara rawak ke atas penumpang dari luar negara," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Kelmarin, syarikat pengendali lapangan terbang di Indonesia, PT Angkasa Pura II, menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Singapura yang memasuki Indonesia bagi sebarang tujuan akan dikenakan pengawasan ketat dan pemeriksaan menyeluruh secara rawak tidak lama lagi.



Syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media tempatan Indonesia berkata pengawasan dan pemeriksaan ketat itu bertujuan memastikan rakyat dari kedua-dua negara itu yang memasuki Indonesia tidak membawa barangan terlarang terutama dadah.



Direktor Utama PT Angkasa Pura II, Encik Budi Karya Sumadi, berkata tindakan itu diambil ekoran kebanyakan kes penyeludupan dadah ke negara itu membabitkan rakyat dari kedua-dua negara itu.



Mengulas lanjut, Encik Anifah menambah bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai kerjasama yang baik dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk ancaman dadah.



"Ancaman dadah rentas sempadan perlu terus ditangani secara bersama antara pihak berkuasa kedua-dua negara," katanya.



Katanya lagi, pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura di lapangan terbang akan dipantau pasukan peronda khas yang tidak memakai pakaian seragam dan mereka akan menahan sesiapa saja yang mencurigakan untuk pemeriksaan secara tertutup.



Sebelum ini, Menteri Perhubungan Indonesia, Encik Ignasius Jonan, dalam satu kenyataan, mengarahkan pihak berkuasa di lapangan terbang membuat pemeriksaan menyeluruh secara rawak terhadap rakyat asing yang memasuki Indonesia berikutan terdapat banyak kes penyeludupan dadah ke negara itu berlaku melalui jalan udara. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >