Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia akan temu India minta eksport beras putih diteruskan

Sep 25, 2023 | 01:53 PM



JOHOR BAHRU: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi menyatakan hasrat memastikan negara itu terus mengeksport beras putih kepada Malaysia.


Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu sebagai langkah memastikan bekalan beras putih terus mencukupi buat rakyat negara ini.

Katanya, ia berikutan kebimbangan apabila pemerintah India menyekat pengeksportan beras putih secara mengejut yang bakal membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia.

“Kita sekarang sedang berhubung bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk pergi ke sana supaya kita boleh berbincang secara G2G.

“Jika mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia ini. Beras basmathi ada, boleh import banyak, tetapi beras basmathi ini mahal.

“Dengan G2G ini, dapatlah kita minta mereka meneruskan untuk eksport beras putih ke Malaysia, itu harapan kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Mohamad berkata pihaknya berharap mendapat maklum balas segera bagi membolehkan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari India itu dilakukan secepat mungkin, sebelum hujung tahun ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata isu bekalan beras putih kini menjadi masalah dunia, namun walaupun Malaysia terkesan dengan isu itu, bekalan beras di negara ini masih mencukupi.

“Bekalan beras putih kita masih mencukupi, cuma jika harga beras yang diimport itu tinggi, menyebabkan orang mencari beras tempatan secara mendadak dan berlakunya sedikit kekurangan di beberapa tempat.

“Tetapi, kita atasi masalah itu, sekarang ini kita lakukan tuaian di Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), saya tidak ingat berapa jumlah kampit beras yang akan dikeluarkan, tetapi dalam masa tidak sampai sebulan ini, ia akan berada di pasaran dan sekarang pun kita ada cuba untuk top-up mana-mana yang berlaku kekurangan.


“Selain India, kita boleh dapatkan bekalan beras putih dari Pakistan, Vietnam atau Thailand, tetapi semua pun mengalami kenaikan harga dan lebih parah sekarang ini isu kekurangan beras menjadi masalah dunia dan kita ikut terjejas, tetapi tidak seteruk berbanding negara lain,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >