Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bakal perkenalkan saluran berita tv

Dec 31, 2015 | 11:51 AM



JAKARTA (Indonesia): Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan mewujudkan saluran televisyen beritanya sendiri apabila proses peralihan sistem analog kepada pendigitalan stesen penyiaran milik kerajaan itu bermula tahun depan.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, saluran berita tersebut bertujuan menyampaikan mesej secara terus dan lebih berkesan kepada rak­yat mengenai pelbagai isu tanpa dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu.


"Dengan adanya saluran berita, kita boleh sampaikan mesej secara berkesan. Kita perlukan pendekatan berbeza. Masyarakat di bandar dan luar bandar kaedah penyampaiannya berbeza. Kita kena cari kaedah-kaedah yang kita fikir berkesan," ujarnya.


Menurutnya, rakyat perlu diberi kesempatan untuk mendapatkan maklumat yang benar agar mereka boleh membuat rumusan sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah, fitnah, pembohongan dan hasad dengki yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan.


Datuk Seri Dr. Salleh berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan kerja kira-kira dua jam ke stesen televisyen berita Indonesia, Metro TV, di sini semalam.


Beliau diberi penerangan oleh Pengarah Berita Metro TV, Encik Suryopratomo dan dibawa melawat studio dan bilik berita.


Sehubungan itu, katanya, beberapa orang kakitangan RTM akan dihantar ke Metro TV awal tahun depan untuk mengikuti kursus di pusat latihan stesen televisyen itu.


Mereka akan mempelajari kaedah-kaedah penyiaran berita dan rancangan bual bicara.


Beliau berkata, kerjasama dua hala antara RTM dan Metro TV bermula sejak dua tahun lalu dan lawatannya adalah sebagai susulan bagi mengadakan perbincangan lanjut khususnya dari segi latihan dan kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.


"Kita berminat bekerjasama dengan stesen televisyen yang memberi tumpuan kepada berita seperti Metro TV ini. Oleh kerana RTM hendak mewujudkan saluran berita, saya fikir sesuai untuk kita jalin kerjasama dengan Metro TV," ujarnya.


Ditanya sama ada saluran berita yang akan diwujudkan itu akan bersaing dengan Bernama TV iaitu saluran televisyen berita yang diwujudkan oleh agensi berita Bernama, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh berkata, perkara itu tidak menjadi masalah.


"Kita berpendapat tidak salah untuk mewujudkan saluran berita yang lain. Yang penting kita selaraskan berita-beritanya. Sebagai agensi kerajaan, matlamat kita adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat secara berkesan," ujarnya. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >