Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bantah pencerobohan kapal China

Keberadaan kapal bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif dan Konvensyen KUUL
Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kementerian Ehwal Luar Malaysia (Wisma Putra) kelmarin telah memanggil Duta Besar China, Encik Ouyang Yujing, bagi menyatakan bantahan atas isu pencerobohan kapal negara itu, termasuk kapal penyelidikan, dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.



Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra lewat malam kelmarin, keberadaan serta aktiviti kapal terbabit bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.



"Pendirian dan tindakan konsisten Malaysia adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa, demi mempertahankan kedaulatan serta hak kedaulatan dalam perairan negara," katanya.



Ini meliputi Akta ZEE 1984 melibatkan 370 kilometer dari pantai dan Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 yang juga diratifikasi China pada 1994.



Sebelum ini, Malaysia juga pernah membantah pencerobohan kapal asing lain ke dalam perairan negara.



Menurut kenyataan itu lagi, dalam menentukan pendirian dan tindakan diambil Malaysia berhubung isu Laut China Selatan yang kompleks serta membabitkan hubungan antara negara, kepentingan Malaysia akan terus dijadikan asas utama.



"Malaysia mengulangi pendirian bahawa semua perkara berkaitan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dan konstruktif, selaras prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara sejagat, termasuk KUUL 1982," katanya.



Terdahulu, beberapa pemimpin politik tempatan Sabah menyuarakan keresahan berhubung sikap biadab kapal China sengaja menceroboh perairan di negera tersebut kebelakangan ini.



Malah, akhbar Utusan Malaysia secara eksklusif melaporkan sejumlah kapal Pengawal Pantai China mengiringi kapal penyelidikan Da Yang Hao memasuki ZEE Malaysia pada 26 September lalu.



Tindakan negara rejim komunis itu ialah sebagai amaran balas kepada Malaysia yang kebetulan sehari sebelum itu mengadakan latihan bersama dengan Amerika Syarikat di zon berkenaan.



Langkah mengejut Beijing itu dipercayai sebagai isyarat keras kepada Putrajaya yang turut melancarkan Op Curiga bagi mengekang kehadiran banyak pesawat China di ruang udara ZEE.



Kehadiran ratusan kapal tentera dan pesawat China juga bagi memberi mesej kepada negara ASEAN agar tidak cuba menuntut perairan Laut China Selatan yang kaya dengan hasil minyak.



"Malaysia sebelum ini pernah membantah pencerobohan oleh kapal-kapal asing yang lain dan kepentingan negara akan terus dijadikan sebagai asas utama," kata kenyataan tersebut. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >