Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia buru pemilik telefon bimbit yang digunakan dalam pengeboman di Thailand

Aug 15, 2016 | 10:23 AM



PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama rapat dengan polis untuk mengesan pemilik telefon bimbit yang digunakan untuk meletupkan bom dalam pengeboman di Thailand baru-baru ini.



Dalam satu kenyataan pada Ahad (14 Ogos), MCMC berkata ia akan bekerjasama rapat dengan polis dan agensi relevan lain bagi mengesan pemilik itu mengikut nombor siri telefon tersebut.



Bernama melaporkan pasukan keselamatan Thai telah meminta bantuan Malaysia dalam siasatan mereka berhubung satu siri letupan bom di beberapa daerah di bahagian selatan negara itu, yang membunuh empat orang dan mencederakan 35.



Laporan tersebut memetik sumber keselamatan berkata Thailand telah meminta bantuan untuk mengesan pemilik telefon bimbit, dikatakan dari Malaysia, yang digunakan untuk meletupkan salah satu bom di Phuket.



Sumber itu berkata letupan tersebut tidak memusnahkan sebahagian daripada telefon bimbit tersebut dan nombor siri MCMC pada telefon itu masih boleh dilihat, dan penyiasat Thai telah meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal-usul telefon tersebut.



Sementara itu, Bernama melaporkan pada Sabtu bahawa polis telah menerima serpihan telefon yang mengandungi nombor siri MCMC itu.



Laporan itu memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata polis bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.



Telefon bimbit itu digunakan untuk meletupkan bom buatan sendiri semasa pengeboman di selatan Thailand, termasuk Phuket, Hua Hin dan beberapa tempat pelancongan popular. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >