Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gesa layanan lebih adil buat pengeluar minyak sawit kecil

M’sia, Indonesia tangguh rundingan dengan EU berhubung minyak sawit

Jun 01, 2023 | 03:05 PM



LONDON: Malaysia dan Indonesia akan menangguhkan rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) sementara mereka menggesa layanan lebih adil buat pengeluar minyak sawit kecil.


Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata undang-undang EU yang baru-baru ini menerima pakai pengharaman import produk dari tanah yang ditebang daripada hutan adalah “layanan yang terlalu menghukum dan tidak adil terhadap kami dan kepada pekebun kecil khususnya”, lapor Financial Times.


Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, pula berkata dasar itu memberi kelebihan kepada “syarikat besar atau berbilang negara” yang mampu menampung kos birokrasi yang akan dituntut peraturan itu.

Malaysia dan Indonesia pada Mei menghantar pegawai tinggi ke EU untuk menyuarakan kebimbangan terhadap undang-undang penebangan hutan, yang mereka percaya boleh memudaratkan perniagaan pertanian kecil.

Dua negara itu adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia dan menyumbang kira-kira 85 peratus daripada eksport minyak sawit global.

EU ialah pasaran ketiga terbesar mereka.

Undang-undang penebangan hutan EU akan juga mengharamkan import ke blok itu bahan kopi, daging lembu, soya dan komoditi lain melainkan syarikat boleh memberi maklumat “yang boleh disahkan” bahawa produk itu tidak ditanam di tanah yang ditebang selepas 2020.

Datuk Fadillah dan Kementerian Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >