M'sia: Kapal minyak bawa diesel bernilai $529,000 dirampas, kini dikesan di Batam

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal tangki minyak yang membawa 900,000 liter diesel dirampas dan dan dibawa ke perairan Indonesia, menurut pihak berkuasa maritim Malaysia pada Selasa (16 Ogos).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata dalam satu kenyataan bahawa kapal itu, MT Vier Harmoni, dikesan di perairan Batam.

APMM berkata ia masih belum mengesahkan identiti perampasnya. Kapal yang belayar dari pelabuhan Tanjung Pelepas di Malaysia pada Isnin itu membawa diesel dengan anggaran nilai RM1.57 juta ($529,000).

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar, mengesahkan MT Vier Harmoni pada masa ini berada "di satu tempat di perairan Batam".

"#MTVierHarmoni dan muatannya dipercayai telah dirampas, membawa 900,000 liter diesel bernilai RM1.57mil," katanya dalam satu tweet pada tengah hari Rabu (17 Ogos)

Beliau sebelum itu menulis tweet tentang kehilangan kapal tersebut dengan berkata APMM telah melancarkan siasatan.

Datuk Seri Ahmad Puzi menulis tweet beberapa minit kemudian, berkata kapal berdaftar di Batam itu dikesan di perairan di sana, berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan mereka dari Indonesia. - Reuters, The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.