Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M’sia komited tangani jenayah kewangan

Aug 24, 2023 | 12:17 PM



KUALA LUMPUR: Agenda meningkatkan tatakelola akan menjadi keutamaan kerajaan Malaysia, sebagai antara satu faktor penting untuk menangani isu membabitkan jenayah kewangan di negara itu.


Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemerkasaan tatakelola penting untuk menangani isu ketirisan dan pembaziran, menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, selain menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Beliau berkata, Malaysia dianggar mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion ($1.46 bilion) setahun, manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

“Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif.

“Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.

“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan usai mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa yang berkait dengan jenayah kewangan pada Rabu.

Datuk Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi yang bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah itu.

“Saya juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.

“Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar semua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >