KUALA LUMPUR: Satu sindiket judi dalam talian dan bookie bola sepak antarabangsa yang menjadikan kaki judi di China sebagai pelanggan tumpas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Balakong, Kajang, Selangor tengah malam 13 Februari.
Serbuan dijalankan di premis perniagaan di Dataran C 180, Balakong oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang, hasil pemantauan dan risikan sejak seminggu lalu.