Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia mungkin mohon mahkamah Australia hantar balik pembunuh Altantuya

Jan 16, 2015 | 03:17 PM



GEORGE TOWN - Kerajaan Malaysia akan menimbangkan untuk mengemukakan permohonan di mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan menghantar balik Sirul Azhar Umar yang menghadapi hukuman mati kerana membunuh model dan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sirul, bekas pegawai Unit Tindakan Khas, harus dihantar balik ke Malaysia memandangkan Mahkamah Persekutuan mendapati dia bersalah.


"Pemerintah Australia tidak seharusnya campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia. Sejauh yang kami tahu, Sirul harus dihantar balik," kata beliau.


"Kami akan menggunakan semua cara, termasuk membawa perkara tersebut ke mahkamah Australia jika perlu," katanya selepas satu lawatan bekerja ke ibu pejabat kontinjen polis negara di sini hari ini, Jumaat.


Awal sebelum ini ada laporan menyatakan bahawa Australia enggan menghantar balik bekas pegawai polis itu kerana langkah ini melanggar undang-undang negara itu untuk tidak menghantar balik seseorang yang menghadapi hukuman mati.


Sirul, yang dikenakan hukuman mati bersama Azilah Hadri, dilaporkan berada di Australia sejak November lalu.


Mahkamah Persekutuan telah pun mengeluarkan waran tangkap ke atasa Siru. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >