KUALA LUMPUR: Pengguna laman web permit masuk kenderaan (VEP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tidak lagi boleh melihat maklumat peribadi pemandu lain, sehari selepas akhbar The Straits Times melaporkan bahawa maklumat peribadi pemandu asing terdedah di laman webnya.
Menerusi satu kenyataan semalam, Kementerian Pengangkutan Malaysia berkata pihaknya memandang serius keselamatan data.