Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia: Perogol tetap dihukum biarpun mengahwini mangsa

Apr 05, 2017 | 03:43 PM



KUALA LUMPUR: Perogol yang mengahwini mangsanya tidak terlepas hukuman dan pendakwaan di mahkamah, begitu juga melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan berusia di bawah 16 tahun secara sukarela atau paksa.



Berita Harian Malaysia dalam laporannya hari ini menukil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang berkata, perogol boleh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.



Beliau berkata, sekiranya ada laporan polis berhubung kejadian rogol, siasatan akan dimulakan terhadap suspek tertakluk kepada budi bicara pendakwaraya dan keterangan yang ada untuk membuat pertuduhan dan meneruskan pendakwaan di mahkamah.



"Isu ini tidak seharusnya diputar-belitkan oleh mana-mana pihak kerana ia perlu ditangani bersama untuk masa depan generasi akan datang.



"Sebaik Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat, malam tadi (4 Apr) diharap isu membabitkan kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 secara sebulat suara selepas 13 jam dibahaskan sejak kelmarin.



RUU itu yang antara lain menganggap kanak-kanak sebagai saksi kompeten bagi kes jenayah seksual, dibentangkan Datuk Seri Azalina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >