KUALA LUMPUR: Kegiatan klon kenderaan mewah dari Singapura yang sudah lupus di negara itu terbongkar ekoran rampasan sebanyak 153 kenderaan pelbagai jenis dalam tempoh enam bulan lalu.
Semua kenderaan mewah seperti BMW, Lexus, Toyota, Mercedes Benz, Honda dan Mini Cooper itu dirampas di Terengganu sejak November sehingga baru-baru ini, lapor Sinar Harian semalam.