Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia sahkan kes Zika pertama, pesakit baru pulang dari Singapura

Sep 01, 2016 | 11:47 AM



PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan pada Khamis (1 Sep) kes jangkitan Zika pertamanya dan berkata pesakit wanita itu baru pulang dari Singapura.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Subramaniam Sathasivam, berkata dalam satu sidang akhbar bahawa anak perempuan pesakit tersebut, yang tinggal di Paya Lebar di Singapura, juga dijangkiti virus itu.



Anak perempuan itu antara lima rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang dijangkiti, menurut beliau.



Wanita berusia 58 tahun itu melawat Singapura selama tiga hari baru-baru ini dan seminggu selepas pulang ke Klang di Malaysia, beliau menunjukkan tanda-tanda jangkitan Zika dan mendapatkan rawatan perubatan.



Datuk Seri Subramaniam berkata wanita itu semakin pulih di Hospital Sungai Buloh dan akan dibenarkan pulang dalam satu atau dua hari ini.



Pengabutan sedang dijalankan di kawasan Klang tempat beliau tinggal, ujarnya.



Kementerian Kesihatan Malaysia telah meminta pihak berkuasa imigresen melakukan semburan penghalau nyamuk di dalam bas dan kereta dari Singapura yang melintasi tempat pemeriksaan.



Pihak berkuasa juga sedang memeriksa apakah lima rakyat Malaysia yang dijangkiti di Singapura itu pulang ke Malaysia baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >