Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tiada hasrat batal pelaksanaan VEP

Jul 26, 2016 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia tidak bercadang membatalkan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan akan melaksanakannya sebaik sahaja sistem itu sedia beroperasi.



Menyangkal laporan berita sebelum ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tiada kelewatan dalam pelaksanaannya.



"Jangan dengar khabar angin. Kerajaan akan laksanakan (VEP). Bukan sahaja di Singapura (sempadan kedua-dua negara) malah di Thailand, Kalimantan dan Brunei. Kerajaan tidak bersikap diskriminasi, di semua sempadan akan ada VEP.



"Kerajaan akan mulakan dengan Singapura (kenderaan berdaftar) terlebih dahulu dan kemudiannya ke negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian ibu pejabat baharu Lembaga Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, di sini kelmarin.



Datuk Liow mengulas sama ada VEP mungkin dibatalkan selepas proses pelaksanaannya berdepan "masalah" dan telah terlepas beberapa "tarikh" yang dikatakan sebagai tarikh bagi pelaksanaannya.



"Akan mengambil masa untuk melaksanakannya kerana kami mahu memastikan tiada sebarang masalah timbul apabila kami memulakannya. Jika sekarang, ujian dijalankan selama 12 jam, kami mahu mengujinya selama 24 jam untuk sekurang-kurangnya satu atau dua bulan lagi," katanya.



VEP yang mula dicadangkan pada 2006 sepatutnya bermula pada 16 Julai dengan mengenakan bayaran RM20 ($6.67) bagi kenderaan asing memasuki Johor tetapi telah ditangguhkan bagi kali keempat.



Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad, berkata sistem bayaran VEP akan dilaksanakan bermula 16 Julai lalu.



Katanya, sistem itu sudah dilaksanakan sejak 1 Jun lalu bagi percubaan keberkesanannya namun ditangguhkan bayarannya sehingga pertengahan bulan ini.



Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Khaw Boon Wan, sebelum ini berkata Singapura akan terus memadankan sebarang kenaikan pada kadar tol Malaysia.



Beliau berkata dasar yang sudah lama wujud itu adalah bagi memastikan Malaysia mengambil pertimbangan respons Singapura, setiap kali ia menaikkan kadar tol.



Encik Khaw berkata Singapura secara konsisten menyokong perhubungan pengangkutan yang terbuka dan bebas serta keterhubungan dengan Malaysia.



Contohnya, tol di Koswe dan Linkedua diperkenal pada 1998 sebagai respons kepada keputusan Malaysia mengenakan bayaran tol di kedua-dua laluan itu. - Agensi berita.




"Jangan dengar khabar angin. Kerajaan akan laksanakan (VEP). Bukan sahaja di Singapura (sempadan kedua-dua negara) tetapi juga di Thailand, Kalimantan dan Brunei. Kerajaan tidak bersikap diskriminasi, di semua sempadan akan ada VEP. Kerajaan akan mulakan dengan Singapura (kenderaan berdaftar) terlebih dahulu dan kemudiannya ke negara lain."
- Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >