KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan melaksanakan sebarang pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan ringgit kembali pulih sebaliknya meminta semua pihak supaya tidak panik dalam menghadapi keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu ketika ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata ini kerana Malaysia memiliki ekosistem seperti kestabilan politik dan polisi yang dilaksanakan kerajaan untuk memudahkan pelabur asing dalam membantu membawa ringgit kembali ke paras asal, lapor Utusan Malaysia semalam.