KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak bercadang melaksanakan sistem tambatan ringgit bagi menangani kejatuhan nilai ringgit ketika ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak melaksanakan dasar yang sama seperti krisis kewangan pada 1997-1998 berikutan kedudukan ekonomi Malaysia ketika ini berbeza berbanding situasi ketika itu.