Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia timbang benarkan Uber dan Grabcar beroperasi

Dec 17, 2015 | 03:23 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mempertimbangkan langkah memberi kebenaran kepada 'kereta sapu profesional' yang dikendalikan syarikat Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini, lapor Berita Harian Malaysia hari ini, yang memetik Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.


Bagaimanapun, kata Datuk Abdul Aziz, perkhidmatan itu dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang akan ditetapkan, antaranya, pemandu perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV).


Selain itu, kenderaan mereka perlu diperiksa secara berkala dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) serta mempunyai insurans khas untuk melindungi penumpang.


Datuk Abdul Aziz dilaporkan berkata, satu rumusan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas bengkel yang dikendalikan kementerian itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diadakan pada masa terdekat.


"Sementara pengumuman dibuat, kerajaan tidak ada sebarang upaya untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana operasinya berkonsepkan perkhidmatan maya.


"Justeru, selepas peraturan diperkenalkan nanti, kawalan dapat dibuat dengan lebih terperinci," beliau dipetik berkata.


Walaupun mengakui kerajaan agak tersepit membuat keputusan sedemikian, Datuk Abdul Aziz dilaporkan berkata, rasional membenarkan sistem Uber dan Grabcar beroperasi secara sah bersandarkan pandangan ramai yang menyifatkan perkhidmatan itu telus, cepat dan cekap.


Katanya, wujud juga permintaan golongan muda yang melihat dua sistem tersebut memudahkan mereka.


"Adalah tidak adil untuk ia dihalang daripada terus beroperasi," katanya.


Namun, katanya, untuk berlaku adil kepada pemandu teksi lain, kerajaan bakal memutuskan untuk memanjangkan tempoh pemeriksaan Puspakom dari 6 bulan ke setahun sekali.


"Ini sekali gus akan menjimatkan kos operasi pemandu teksi. Jika sebelum ini, mereka perlu hantar kenderaan untuk pemeriksaan dua kali setahun, tapi selepas ini hanya setahun sekali," katanya.


Selain itu, Datuk Abdul Aziz berkata, SPAD merancang memperkenalkan satu sistem baharu, iaitu teksi mini, yang turut akan diumumkan secara terperinci selepas ia dimuktamadkan kelak. - BHM, The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >