Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tingkat keselamatan andainya warga militan pulang susuli serangan Mosul

Oct 18, 2016 | 02:29 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia telah meningkatkan keselamatan di sempadannya sebagai langkah berjaga-jaga seandainya militan warga Malaysia cuba pulang selepas tentera Iraq melancarkan serangan besar-besaran bagi merampas kembali Mosul, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (18 Okt).



Tentera pemerintah Iraq melancarkan serangan yang disokong Amerika Syarikat pada Isnin untuk merampas semula Mosul, kubu kuat utama terakhir di Iraq bagi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Kira-kira 4,000 hingga 8,000 militan, campuran pejuang Iraq dan warga asing, dianggarkan berada di bandar itu.



Datuk Seri Ahmad Zahid berkata dalam satu sidang media bahawa lapangan terbang dan sempadan keselamatan Malaysia telah dipertingkat, manakala laluan haram yang biasanya digunakan oleh penyeludup sedang dipantau.



"Kami telah bertukar-tukar maklumat perisikan dengan agensi perisikan antarabangsa, dan mempunyai senarai suspek termasuk nama mereka yang kami percaya mempunyai hubungan dengan Daesh," katanya, dengan menggunakan nama lain ISIS.



Beliau tidak menyatakan berapa ramai rakyat Malaysia berada di Mosul sekarang tetapi angka yang dikeluarkan polis bulan lalu menunjukkan 90 rakyat Malaysia menyertai ISIS sejak 2013.



Pada Ogos, Malaysia membatalkan pasport 68 rakyatnya yang dikenal pasti telah meninggalkan negara untuk menyertai ISIS.



Mereka yang pulang akan ditahan dan dihantar menjalani pemulihan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid.



Seramai 137 orang telah ditangkap kerana sama ada merancang menyertai ISIS di luar negara, kembali ke Malaysia selepas menyertai kumpulan itu, atau menghantar dana kepadanya, ujar beliau.



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada Isnin bahawa sumber perisikan mencadangkan ribuan ahli ISIS akan pulang ke negara asal mereka, atau mencari tempat selamat di kawasan seperti Asia Tenggara, jika serangan Mosul itu berjaya.



"Kita harus proaktif," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >