Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia tubuh panel khas pantau paras air jelang El Nino

Jun 01, 2023 | 05:34 PM



PETALING JAYA: Malaysia akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak khas untuk memantau secara dekat paras air di empangan di seluruh negara sedang pihaknya menjangka fenomena El Nino yang kuat boleh berlaku pada Jun.


Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Encik Charles Santiago, berkata tujuan jawatankuasa khas itu adalah untuk membolehkan orang ramai memantau paras air di empangan di negeri masing-masing sepanjang masa.

“Ia akan dikemas kini setiap hari dan orang ramai boleh menghantar soalan dan menghubungi jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan,” katanya pada Rabu, lapor The Star.


Beliau berkata SPAN akan mengadakan pelancaran tidak rasmi jawatankuasa itu pada Jumaat manakala pelancaran rasmi pada 14 Jun.

Malaysia telah memasuki musim kering yang dikaitkan dengan monsun barat daya dan musim kemarau dijangka berterusan sehingga Oktober, menurut Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC).

Suhu terik pada 2023 boleh dikaitkan dengan gabungan isu, termasuk hujan lebih rendah sepanjang musim sejuk lalu dan El Nino – corak cuaca yang biasanya membawa kepada keadaan lebih panas dan kering di rantau ini.

ASMC juga menyatakan kawasan selatan Asean dijangka mempunyai risiko jerebu yang lebih tinggi dalam tempoh Jun hingga Oktober 2023.

Encik Santiago berkata SPAN akan juga mengadakan pertemuan dengan pengendali air negeri pada 14 Jun untuk merumuskan prosedur operasi standard (SOP) buat semua operator sekiranya berlaku kekurangan air.

Beliau berkata pada masa ini paras bekalan air di kebanyakan empangan di seluruh negara terkawal kecuali dua empangan kecil di Pulau Pinang, tanpa menamakan dua empangan itu.

“Selebihnya masih terkawal dan melebihi paras 95 peratus,” tambahnya.

Selain itu, di Johor, pengguna digesa menggunakan air dengan bijak memandangkan cuaca panas dijangka berterusan sehingga Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pada masa ini paras air di empangan negeri itu adalah mencukupi tetapi orang ramai tidak sepatutnya membazir air.

“Memandangkan kita mahu kekalkan penggunaan jangka panjang, saya harap pengguna dapat menyimpan air sebagai langkah pencegahan dan mengelak daripada menggunakan air secara berlebihan.

“Mereka boleh menggunakan air hujan atau sumber air lain selain air dirawat buat kerja seperti mencuci kereta atau menyiram tanaman mereka.

“Adalah bijak untuk menadah dan menggunakan air hujan bagi tujuan ini kerana Johor masih menerima hujan dari masa ke masa,” katanya, lapor The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >