Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tuduh wanita Vietnam, Indonesia bunuh Kim Jong Nam

Mar 01, 2017 | 11:32 AM



SEPANG: Dua wanita warga didakwa pada Rabu (1 Mac) bagi pembunuhan Encik Kim Jong Nam, walaupun mereka berkeras berkata mereka direkrut untuk melakukan satu "usikan" bagi rancangan realiti televisyen dan tidak tahu mangsa ialah abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.



Doan Thi Huong, seorang warga Vietnam berusia 28 tahun, dan Siti Aisyah, warga Indonesia berumur 25 tahun, didakwa mempunyai "niat bersama untuk membunuh" di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sepang.



Mahkamah itu terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), tempat Encik Jong Nam diserang pada 13 Feb sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.



Kesalahan itu membawa hukuman mati.



Siti Aisyah dan Doan, yang kelihatan letih dan lesu, dituduh melakukan kesalahan itu dengan empat lagi orang yang masih bebas pada kira-kira 9 pagi.



Peguam Siti Aisyah, Encik Gooi Soon Seng, berkata: "Kami akan menasihatkan beliau supaya menuntut perbicaraan."



Beliau juga meminta perintah menahan diri daripada mahkamah untuk menghalang polis atau pegawai atau sembarang saksi membuat kenyataan awam atau kepada media.



Pihak pendakwaan meminta tarikh sebutan kedua ditetapkan pada 13 April bagi kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Dua wanita itu didakwa melumur agen saraf VX, yang boleh membawa maut, ke muka Encik Jong Namsebelum beliau menaiki penerbangan ke Macau.



Menurut laporan, mereka menyangka cecair itu minyak bayi, tetapi polis mendakwa Doan masuk ke dalam tandas selepas serangan tersebut untuk mencuci tangannya, yang dijauhkan dari badannya, menunjukkan dia tahu cecair itu berbahaya.



Seorang lagi suspek, seorang warga Korea Utara berpangkalan di Kuala Lumpur, Ri Jong Chol, masih direman hingga Sabtu.



Polis Malaysia juga sedang mencari tujuh lagi warga Korea Utara, termasuk empat yang dipercayai telah pulang ke Pyongyang. Seorang diplomat kanan di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur juga sedang dicari untuk membantu siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >