Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tumpas kumpulan militan sedia 'jihad' di negara bergolak

Apr 29, 2014 | 10:47 AM



KUALA LUMPUR: Kelicikan sebuah kumpulan militan yang mirip dengan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) serta berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah semalam.


Kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk `berjihad' di negara-negara bergolak.


Menurut sumber, ada di antara mereka ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, ketika bersiap sedia untuk berlepas ke luar negara bagi menjalankan misi 'jihad'.


Kata sumber itu, kumpulan tersebut membawa fahaman 'Salafi Jihadi' dan cara kumpulan tersebut bergerak dengan berselindung di sebalik penganjuran misi-misi kemanusiaan ke luar negara dan membuat kutipan amal untuk membiayai operasi serta kegiatan mereka.


"Melalui siasatan yang dijalankan, cara dan kaedah mereka beroperasi juga konsisten dan mirip kumpulan Al-Qaeda dan JI.


"Cuma bezanya, mereka berselindung di sebalik misi kemanusiaan selain merekrut ahli melalui laman sosial dengan mengajak untuk berjihad dan melancarkan perang terhadap negara yang mengamalkan pemerintahan sekular," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sumber berkata, siasatan turut mendapati kumpulan tersebut kerap menganjurkan perjumpaan sulit bertujuan memantapkan ideologi ekstrem mereka selain menjalani latihan ala-tentera di lokasi-lokasi rahsia di pinggir ibu negara.


"Pihak polis masih memburu saki-baki ahli kumpulan itu kerana jumlah keseluruhan adalah di tahap membimbangkan walaupun rata-rata ahli kumpulan masih baharu dan tiada dalam rekod siasatan polis," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan polis dari Cawangan Khas, Bukit Aman dengan kejayaan tangkapan tersebut melalui akaun Twitter miliknya.


Kesemua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan dan mereka disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >