KUALA LUMPUR: Malaysia semalam membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang akan memberinya kuasa merampas dokumen perjalanan warga tempatan dan warga asing dan mengenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara hingga 30 tahun ke atas mereka yang melibatkan diri dengan pengganasan.
Undang-undang itu memberi pihak berkuasa hak menahan suspek tanpa bicara selama-lamanya tetapi menyatakan "tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata... atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya".