IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, menyeru umat Islam supaya jangan menyertai perjuangan militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam (IS), apatah lagi kononnya mahu mengejar syahid kerana perbuatan itu tidak dianggap syahid.
Sebaliknya, kematian dalam perjuangan IS ibarat 'mati katak' iaitu kematian sia-sia, dan umpama matinya seorang penjenayah, kata beliau.