KLUANG: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berikrar akan terus bercakap mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegas bekas timbalan perdana menteri itu, sebagai orang nombor dua dalam Umno, beliau tidak akan membisu mengenai kontroversi berkenaan walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet Persekutuan.