Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin bidas pos blog dakwa beliau ada hubungan dengan isteri orang

Jun 17, 2016 | 11:35 AM



PETALING JAYA: Mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas pos blog dalam Malaysia Today yang mengaitkan beliau dengan dakwaan hubungan dengan seorang wanita sudah berkahwin.



"Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya oleh Raja Petra Kamaruddin dalam satu siri catatan dalam blognya di Malaysia Today beberapa hari lalu tidak berasas dan berniat jahat," kata Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada Khamis (16 Jun).



"Semua tuduhan itu adalah fitnah dan disebarkan semata-mata untuk memusnahkan integriti saya dan berbau politik kotor. Amat menjijikkan bahawa ia dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini," kata Anggota Parlimen Pagoh itu.



Beliau berkata Ramadan adalah bulan pengampunan dan belas kasihan, dan berharap orang yang menuduh beliau "berdoa agar dosa mereka diampuni".



"Apabila dia sedar kesilapannya, dia perlu mendapatkan pengampunan," katanya.



Tan Sri Muhyiddin percaya tuduhan terhadapnya bertujuan mencemarkan reputasi beliau, memandang beliau tidak lagi menjadi menteri kabinet.



"Tuduhan ini adalah ujian Tuhan untuk saya Ramadan ini. Saya perlu bertenang, bersabar dan berdoa kepada Allah agar meredakan kebimbangan saya," katanya. _ The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >