KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu semangat dan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan dihayati bukan saja umat Islam, bahkan penganut agama lain juga.
Beliau percaya prinsip kesederhanaan yang mementingkan keseimbangan dan keharmonian dalam hubungan sesama manusia adalah satu prinsip yang ditekankan semua agama.