Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muhyiddin nafi dakwaan agih kontrak sistem imigresen semasa jadi PM

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad.



Dalam hantaran di Facebooknya, beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat yang direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.



"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini. Ia adalah satu fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah saya dan keluarga.



"Saya merujuk kepada laporan portal Free Malaysia Today bertarikh 8 Februari 2023 yang mendakwa kononnya saya terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantu saya.



"Saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.



"Proses perolehan kontrak dibuat mengikut tatacara perolehan biasa kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan. Ia bukan berada di bawah tanggungjawab atau bidang kuasa saya sebagai Perdana Menteri pada waktu itu," tulisnya.



Selain itu, beliau yang juga Presiden Bersatu menegaskan tiada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad, sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham.



Dalam pada itu beliau mendakwa ini merupakan sebahagian siri tohmahan jahat dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Bagaimana saya yang tidak mempunyai bidang kuasa dalam penganugerahan kontrak dan keluarga saya yang tidak ada sebarang kepentingan dalam syarikat yang dianugerahkan kontrak, ditohmah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri dan keluarga?.



"Tohmahan ini sengaja dibuat untuk menutup kepincangan melampau Perdana Menteri dan anggota kerajaannya melantik anak beranak dalam kerajaan termasuk dengan tanggungjawab dan kuasa untuk mengurus kontrak kerajaan. Amalan nepotisme ini tidak boleh ditutup dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kepada orang lain," tegasnya.



Jun lalu, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata pelaksanaan NIISe dengan kos RM1 bilion ($310 juta) diyakini mampu mempertingkatkan sistem imigresen negara ke tahap yang lebih baik.



Beliau berkata, kontrak NIISe antara kerajaan dengan IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd dimuktamadkan pada Mei 2022 membabitkan lebih 12 kontraktor.



Mengikut tempoh kontrak, NIISe akan beroperasi sepenuhnya pada 2024. Sistem itu dilaksanakan bagi menggantikan sistem myIMMs di Jabatan Imigresen yang sudah beroperasi lebih 20 tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >